Friday, February 12, 2016

Kebiasaan yang Membuat Seseorang Cepat Tua

Ada sebahagian orang yang kelihatan lebih awet muda dari usianya. Sebaliknya, ada juga orang yang masih muda tapi sering dikira berusia lebih tua. Penuaan memang merupakan hal yang tidak boleh dielakkan, namun seberapa cepat anda menua bergantung pada gaya hidup dan kebiasaan anda.

Bila penampilan wajah yang menua tidak terlalu menjadi masalah bagi anda, tetapi ingat, penuaan bukan hanya terjadi di wajah. Sel-sel badan pun boleh mengalami penuaan yang mengakibatkan pada meningkatkan risiko penyakit.

Nah, kerana itu ketahuilah hal-hal yang mempercepatkan proses penuaan berikut.

1. Menggunakan sabun mandi untuk wajah
Kulit mempunyai lapisan semulajadi yang bersifat protektif. Ketika terbiasa mencuci wajah dengan sabun mandi yang kaya dengan alkali untuk membersihkan wajah, maka hal itu akan merosakkan lapisan ini dan membuat kulut kering. Kulit kering sangat terdedah menjadi keriput yang membuat kesan tua.

2. Pola makan tidak sihat
Makan terlalu banyak daging olahan dan lemak tak ssehat lain tak hanya boleh menambah lingkar pinggang anda, tetapi juga memberi kesan kepada penampilan tubuh secara keseluruhan. Kerana itu, sebaiknya perkaya makan makanan alami seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang juga mampu memberikan anda nutrisi dan antioksidan yang bermanfaat bagi kulit, otot, dan tubuh.

3. Kurang tidur
Tidak mendapat cukup tidur boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti obesiti dan penyakit jantung. Kurang tidur memberi kesan kepada fungsi seluruh organ termasuk kulit, organ yang luas yang meliputi seluruh tubuh.

4. Tidak menggunakan tabir suria
Radiasi sinar ultraviolet boleh menyebabkan jaringan kolagen dan elastik rosak sehingga kulit lebih mudah keriput. Menggunakan tabir suria mampu melindungi kulit daripada pendedahan kepada cahaya yang memberikan kesan buruk padanya.

5. Tidak bersenam

Sukan secara rutin mampu melancarkan peredaran darah. Bersenam juga dapat mengetatkan otot dan mencegah kulit menjadi kedut. Maka bersenam lah untuk kelihatan sentiasa awet muda!